Isnin, 11 September 2017

Tetris EA - level 15


Assalamualaikum

Percubaan Tetris EA terus ke level 15, agak mencabar juga kena betul-betul fokus.

Itu sahaja ulasan saya.

Wassalam

Khamis, 7 September 2017

Dji Mavic Pro di Sayong


Assalamualaikum

Video Fun Fly anjuran Stesen 18 drone squad yang bertempat di Sayong, Perak.

Info :-

Drone : DJI Mavic Pro
Setting : Auto
Filter : Tiada
Edit : FCPX

Itu sahaja untuk kali ini.

Wassalam.


Ahad, 13 Ogos 2017

Percubaan Mengunakan Fuji XE1 Dan Lensa Kit Canon 18-55


Assalamualaikum

Inilah beberapa contoh gambar hasil percubaan Fuji XE1 & Lensa Kit Canon 18-55

*Sedikit penggunaan Photoshop dibuat 
 




Beginilah rupa Fuji XE-1 dan lensa kit Canon 18-55 (guna adaptor untuk membolehkan lensa Canon di baca di body Fuji)


Selasa, 8 Ogos 2017

Mencuba Tetris & Apps Game Screen Recorder

Assalamualaikum

Di entri ini ingin saya berkongsi pandangan saya mengenai 2 apps ini iaitu Tetris dan Game Screen Recorder.

Tetris bagi saya adalah satu game yang menarik dengan menguji kecekapan kita bertindak balas dengan puzzle yang mendatang.

Apps Game Screen Recorder pula adalah satu apps perakam skrin yang menarik kerana setelah saya mencuba 2 3 apps lain sebelum ini ianya tidak merakam bunyi game yang sedang dimainkan sebaliknya ia merakam bunyi sekeliling. Apps ini bolehlah dikatakan recommended.

Boleh cuba klik video dibawah untuk melihat apa yang telah saya rakamkan.

Setakat ini saja catatan saya

Wassalam.



Khamis, 27 Julai 2017

Test Dji Go 4 Apps

Assalamualaikum

Di sini saya ingin menunjukkan hasil video yang diolah mengunakan apps DJI GO 4, tapi rasanya apps itu melakukan pengolahan itu sendiri.


Wassalam





Ahad, 23 Julai 2017

Test Kamera DJI Mavic

Assalamualaikum

Berikut hasil contoh gambar mengunakan Mavic Pro yang diolah di dalam CS6 mengunakan NIK Silver Efek


Di samping itu saya juga mencuba juga mengunakan video DJI Mavic yang mempunyai gimbal, mungkin hasil akan saya upload di entri mendatang.

Itu sahaja untuk kali ini.

Wassalam

Khamis, 6 Julai 2017

HSP Crawler

Assalamualaikum

Baru-baru ini rakan admin ada whatsapp satu gambar HSP crawler iaitu sebuah RC yang lebih macam off-road le function dia. Sekali tengok memang le ada rasa nak sambaq juga tapi sebab bajet agak ketat juga lepas hari raya ni maka bersabar juga le.

Mungkinkah admin akan sambaq HSP crawler ni dan buat reviu...tengok macam mana sebab ada juga komitmen lain yang dalam perancangan buat masa ini. Harapnya kawan admin yang up gambar kat whatsapp tu bagi pinjam seround boleh la buat test ringkas.


Wassalam

Rabu, 5 Julai 2017

Sampel Canon 50mm 1.4 dengan Sony A6000

Assalamualaikum

Di sini saya ingin menunjukkan sampel gambar Canon 50 1.4 dan juga Canon 85mm 1.8 dengan Sony A6000 dengan adapter Kooka

Sony A6000
Canon 50 1.4
Kooka
SOOC






Sony A6000
Canon 85mm 1.8
Kooka 
SOOC

Beza Gambar Pengantin Mengunakan Sony A6000 + 50mm vs Canon 6D + 85mm

Sony A6000
85mm

Canon 6D
50mm 

Itu Sahaja entry untuk kali ini. Semoga para pembaca mendapat manfaat.

Wassalam


 

Sabtu, 24 Jun 2017

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum

Dikesempatan ini ingin saya mengucapkan selamat hari raya dan juga memohon ampun dan maaf jikalau ada terkasar bahasa di entri blog ini.

Wassalam

Rabu, 14 Jun 2017

Samsung Galaxy S time lapse

Assalamualaikum

Berikut adalah contoh time lapse dengan mengunakan smartphone lama saya iaitu Samsung Galaxy S dengan mengunakan apps timelapse. Kalau ikutkan handphone ini dah obsolete dengan nak access ke play store pun dah tidak boleh maka terpaksa guna cara lain untuk memuat turun apps.

Apa-apapun terimalah hasil daripada Samsung Galaxy S.

https://youtu.be/uDUysYJBFzI

Rabu, 7 Jun 2017

Mavic Pro di atas Gunung Lang, Ipoh

Assalamualaikum

Hasil daripada menerbangkan DJI Mavic Pro di atas Gunung Lang. 


Wassalam

Sabtu, 3 Jun 2017

Masjid Pertama Bandaraya Ipoh Dengan DJI Mavic Pro

Assalamualaikum



Berikut merupakan percubaan saya merakamkan Masjid Tengah dari atas mengunakan DJI Mavicpro dan di sunting mengunakan Imovie.



Wassalam





Rabu, 31 Mei 2017

Percubaan Menghasilkan Timelapse Dengan DJI Mavic Pro

Assalamualaikum

Berikut ialah hasil percubaan saya menghasilkan timelapse dengan DJI Mavic Pro pada sela masa 10 saat. Saya tidak dapat hasil yang saya inginkan tetapi buat masa ini cukuplah itu sahaja percubaan saya buat masa ini.


Nantikan untuk percubaan yang lain pula

Wassalam

Sabtu, 27 Mei 2017

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Assalamualaikum

Pihak kami ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada pengunjung blog ini

Wassalam

Selasa, 16 Mei 2017

Masjid Ampuan Jemaah Dengan Phantom 3 Standard





Video Masjid Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor yang telah dirakamkan mengunakan dron DJI Phantom 3 standard kemudian diolah videonya mengunakan Imovie



Wassalam

Khamis, 20 April 2017

Promo Warung Dengan DJI Phantom 3





Assalamualaikum

Berikut adalah percubaan saya mengedit video untuk mempromosikan warung Professor Cendol, cawangan Meranti 8 milik kawan saya

Untuk sebarang pertanyaan mengenai warung boleh hubungi Sham - 0124665133

Untuk sebarang pertanyaan mengenai khidmat dron boleh hubungi saya, Fahmi - 0175031440



Sekian Sahaja Untuk Kali ini



Wassalam

Ahad, 16 April 2017

Cara Format Kad SD Untuk Mac

Assalamualaikum

Setelah menghadapi kesukaran untuk menformat SD kad maka pertolongan Encik Google dipinta dan inilah hasilnya setelah saya menterjemahkannya

Format pada Mac OS X

Masukkan kad SD. Menggunakan sama ada port kad SD dalaman atau pembaca kad USB. ...

Buka Disk Utility. Anda boleh mencari program Disk Utility dalam folder Utility dalam Aplikasi (Application) anda. ...
- Saya mengunakan fungsi Search di sebelah kanan paling atas (Icon Kanta Pembesar)

Memadam data kad SD. Pilih tab Erase dalam tetingkap utama selepas memilih kad SD anda.

Semoga panduan yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk semua dan juga boleh menjadi rujukan untuk saya kelak.

Wassalam

Sabtu, 15 April 2017

Hasil Kamera Kompak Premier PC488






Hasil Daripada Kamera Premier PC488, sebuah kamera kompak yang begitu asas pengunaanya


Gambar Premier PC 488 dan Lomo LCA

Mungkin di entri akan datang saya akan bandingkan hasil Premier PC488 dan Lomo LCA side by side

Sementara itu, Wassalam.




Selasa, 4 April 2017

Hasil Percubaan Sony A6000 & 85mm 1.8

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya telah berkesempatan untuk mencuba Sony A6000 berserta kombo Lensa 85mm 1.8 Canon yang disambung mengunakan adapter Kooka. Saya tidak sempat untuk mencubanya beserta lensa lain kerana itu sahaja lensa yang sempat saya pinjam dan ini konklusi saya setelah mencubanya seharian












Bagus

- Pengguna Canon jikalau ingin lompat kapal masih boleh mengunakan lensa Canon ke body Sony
  dengan adapter Kooka

- Pilihan yang lebih mampu milik


Agak Kurang

- A.F sedikit perlahan

- Adakalanya "hunting" (penyelesaian saya on off)


Itu Sahaja pendapat peribadi saya setelah seharian mengunakan Sony A6000 + 85mm 1.8 Canon
dan saya masih lagi belum mahir mengendalikan jenama Sony.

Isnin, 3 April 2017

Rabu, 22 Mac 2017

Skrin Shot Untuk Mac

Assalamualaikum

Di entri ini ingin saya muatkan cara-cara skrin shot untuk mac. Walaupun cara itu boleh di google tetapi sebagai peringatan kepada diri saya juga jadi saya muat kan entri mengenai cara untuk skrin shot dengan mac.

Bagaimana untuk mengambil screenshot bahagian yang dipilih skrin anda

1.  Tekan Shift-Command-4.

2.  Pindah crosshair untuk di mana anda mahu untuk memulakan screenshot, kemudian    
     seret untuk memilih kawasan. ...

3.  Apabila anda telah memilih kawasan yang anda mahu, lepaskan tetikus atau butang      
     trackpad. ...

4.  Cari screenshot sebagai fail png pada desktop anda

Saya harap perkongsian ini bermanfaat

Sekian.

Isnin, 13 Mac 2017

Percubaan Pertama Mengunakan Dron

Assalamualaikum

Sudah agak lama juga saya tidak mengemaskini blog ini, sebenarnya agak sibuk juga dengan kerja harian dan juga mengumpul entri yang hendak diterbitkan.

Di entri ini ingin saya berkongsi pengalaman pertama mengunakan dron. Dron yang saya cuba ini adalah daripada model Dji Phantom 3 Pro.



Setakat ini sahaja.

Wassalam

Rabu, 8 Mac 2017

Naikkan Trafik Blog Bersama Hasrul Hassan

Assalamualaikum
Ada beberapa medium media sosial di masakini yang digunakan untuk menyampaikan cerita dan pengalaman, pemasaran, foto serta berbagai lagi tujuan. Saya masih setia mengunakan blog untuk tujuan pemasaran dan berbagai lagi pengalaman hidup.

Berblog ada juga berbagai teknik untuk menarik jumlah pengunjung ke blog kita. Salah satu caranya menyertai segmen yang dianjurkan oleh blogger yang lebih terkemuka. Jadi di sini saya ingin berkongsi segmen roketkan jumlah pengunjung oleh salah seorang blogger iaitu Tuan Hasrul Hassan. 


Segmen Hasrul Hassan Bantu Trafik Blog Meroket

Cara penyertaan seperti yang dinyatakan di blog beliau. Banyak juga tips yang bermanfaat mengenai blogging di blog beliau.


Sekian sahaja untuk kali ini.
Wassalam

Isnin, 6 Mac 2017

Video 5X Edit Di Dalam Adobe Clip

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya mencari beberapa apps untuk mengedit video di dalam Telefon Honor 5X saya dan saya rasa ingin mencuba apps Adobe Clip. Setelah beberapa ketika saya rasa ingin cuba mendokumentasikan perjalanan pulang mingguan ke rumah di Ipoh dalam bentuk video. Video yang saya rakamkan di dalam kereta yang bergerak jadi maaf kalau ada sedikit bergoyang.


Pada pendapat saya apps Adobe Clip ini agak mudah digunakan untuk mengedit video daripada telefon pintar cuma buat masa ini saya rasa ada banyak lagi fungsi yang boleh dioptimasikan daripada apps Adobe Clip ini.

Sekian buat masa ini.

Wassalam

Ahad, 5 Mac 2017

Entri Akan Datang

Assalamualaikum

Saya di sini memohon maaf atas kelewatan mengemaskinikan blog ini dengan entri terkini. Mengendalikan beberapa perkara secara serentak bukanlah mudah seperti yang saya sangkakan. Walau bagaimana pun saya  akan cuba juga menjadikan blog ini memberikan informasi mengenai kamera dan yang berkaitan dengan kamera.

Untuk entri yang mendatang saya ada 2 3 entri yang bakal saya muatkan iaitu hasil video Honor 5x, Adobe Clip, perbandingan di antara kamera Lomo vs Premier dan juga pengalaman pertama menerbangkan dron. Saya harap entri yang bakal saya muatkan akan memberikan informasi dan manfaat kepada pembaca blog ini.

Wasalam.

*Info gambar : DJI Phantom 3 Pro di ketinggian 60m

Khamis, 2 Mac 2017

Test A5100 + Helios


Assalamualaikum

Saya telah mencuba Sony A5100 berserta lensa Helios (melalui Zhong Yi Lens Turbo)

Agak sukar juga untuk melakukan focussing dengan lensa Helios & Sony A5100 ini pada mulanya namun tujuan saya melakukan eksperimen ini adalah untuk melihat kesan video bila berada di dalam keadaan yang agak kurang cerah dan bukanlah mengkaji ergonomik kamera A5100.

Walau bagaimanapun saya berpendapat jika inginkan juga Sony A5100 ini sebagai kamera video saya rasa ianya lebih sesuai sebagai kamera backup (pendapat peribadi saya).

Wassalam

Rabu, 1 Mac 2017

Teknik Fotografi : Double Exposure (Analog)


Assalamualaikum

Salah satu teknik fotografi yang boleh kita buat dengan kamera analog ialah teknik double exposure. Ianya adalah satu teknik di mana 2 atau 3 imej dirakam ke dalam satu frame. Saya sendiri pun tidak pasti ada berapa cara untuk teknik ini. Saya mengunakan cara rakam dahulu satu roll kemudian toll itu digulung dan dimuatkan semula ke dalam kamera.

Teknik ini agak mencabar juga bagi saya kerana dengan analog atau filem kita tidak boleh melihat gambar yang dirakamkan secara terus tetapi hanya boleh diketahui setelah roll filem itu diproses. Saya juga belum dapat memahirkan lagi teknik ini dan saya rasa saya masih banyak lagi percubaan perlu dilakukan.


Pada pendapat saya walaupun teknik ini boleh dilakukan di dalam photshop tetapi dengan mengunakan analog, ia akan memahirkan kita membuat pra bayangan apa yang kita ingin hasilkan.

Sekian sahaja entri untuk kali in.

Wassalam

Dalam Perancangan

Assalamualaikum

Memandangkan blog mengenai kamera ini dijalankan dengan dana yang terhad maka saya pun buat dengan apa yang saya mampu. Di masa terdekat ini akan saya kongsikan beberapa perbandingan di antaranya ialah

Analog :

Lomo vs Premier PC488



Digital Mirrorless

Fuji XE-1 vs XE-2

selain daripada perbandingan di antara kamera saya juga bercadang jika berkesempatan untuk memuatkan entri mengenai percubaan saya dengan beberapa kamera yang sempat saya cuba di antaranya ialah Sony A5100 di dalam tempat yang kurang cerah. Saya juga bercadang untuk memuatkan beberapa teknik fotografi di antaranya ialah double exposure dan mungkin beberapa lagi teknik lain di masa akan datang.

Buat masa ini itu adaah perancangan saya dalam masa terdekat ini semoga saya diberi kekuatan untuk berkongsi minat saya di dalam blog ini.

Wassalam

Ahad, 26 Februari 2017

Yang Ditunggu-tunggu Nokia 3310

Assalamualaikum

Nampaknya impian sesetengah mantan pemilik Nokia 3310 akan melakukan kebangkitan semula telah direalisasikan oleh pihak Nokia cuma macam mana penggunaannya nanti dalam kehidupan seharian kita tengoklah bagaimana perkembangannya.

Saya salah seorang yang pernah mengunakan Nokia Lumia 525 merasakan ada pro & con. Faktor utama saya rasa yang membuatkannya agak terbatas ketika itu ialah seleksi apps nya agak terbatas juga lah mungkin kerana kurang nya pembangun apps untuk sistem Windows phone. Tetapi apps yang paling saya minati ketika itu ialah Here Maps mungkin di masa yang mendatang akan saya muatkan entry mengenai Here Maps.

Itu sahaja entri saya untuk kali ini.

Wassalam.








Sony A5100 : Beza Helios 44-2 58mm vs Nikon 85mm

Assalamualaikum

Di sini saya ingin menunjukkan contoh perbezaan di antara dua lensa berbeza iaitu Helios 58mm vs Nikon 85mm. Beza di antara lensa tersebut bukan sahaja jenama tetapi jarak fokus yang berbeza. Lensa Helios ialah 58mm manakala lensa Nikon pula ialah 85mm. Kedua dua lensa ini diuji mengunakan kamera yang sama iaitu Sony A5100 (mengunakan adapter Zhong Yi).

Ada beberapa perbezaan yang boleh kita lihat di sini iaitu beza pada corak bokeh (kawasan yang tidak difokus), colour fringe dan beberapa lagi perbezaan.


Kamera A5100 & Lensa Helios 58mm


Imej Dengan 58mm Helios


Imej Dengan 58mm Helios


Sony A5100 & Lensa 85mm Nikon (Berserta Zhong Yi Lens Adapter)


Imej Dihasilkan Mengunakan A5100 + 85mm Nikon



Imej Dihasilkan Mengunakan A5100 + 85mm Nikon


Sekali imbas memang tidak begitu ketara perbezaannya tetapi jika diperhatikan dengan teliti akan nampak juga perbezaan tu. 

Daripada cubaan tadi saya rasa fokus manual mengunakan Nikon 85mm lebih mudah dikendalikan dan hasil petikan shutter yang didapati lebih banyak tepat, tapi mungkin juga faktor saya sudah biasa mengunakan fokus peaking Sony A5100 (pinjaman) ketika itu.

Disini ingin saya menyatakan bahawa pandangan saya lebih kepada pendapat pengguna atau pengemar fotografi kerana saya bukanlah seorang jurugambar professional. 

Itu saja untuk kali ini diharap perkongsian entry saya ini dapat lah dimanfaatkan oleh mereka yang ingin mencari blog mengenai kamera yang mengunakan Bahasa Melayu kerana dahulu ketika saya ingin mencari panduan mengenai kamera banyak yang dihasilakn di dalam bahasa Inggeris, jadi ki

Sekian untuk kali ini. 

Wassalam.




Salam Pengenalan

Assalamualaikum

Rasanya dah lama nak buat blog nak cerita pasal kamera, gajet & benda yang berkaitan macam apps dan juga berita-berita terkini tentang hal yang berkaitan. Mula-mula dulu fikir bajet kurang nak buat cerita pasal gajet & kamera pun payah tapi fikir balik sebab minat kat kamera buat je le blog bercerita pasal kamera walaupun dana yang ada tiada la banyak mana tapi saya cuba.

Saya rasa cerita pasal kamera tidak semestinya mengenai pelancaran kamera baharu dan pandangan pertama saja tetapi boleh juga saya cerita mengenai fungsi dan sebagainya lah yang boleh dikaitkan. Selain daripada kamera saya juga bercadang ingin berkongsi perkembangan gajet, peranti dan apps serta yang berkaitan.

Buat masa ini itu sahajalah harapan saya dengan blog yang ini.

Wassalam