Sony A5100 : Beza Helios 44-2 58mm vs Nikon 85mm

Assalamualaikum

Di sini saya ingin menunjukkan contoh perbezaan di antara dua lensa berbeza iaitu Helios 58mm vs Nikon 85mm. Beza di antara lensa tersebut bukan sahaja jenama tetapi jarak fokus yang berbeza. Lensa Helios ialah 58mm manakala lensa Nikon pula ialah 85mm. Kedua dua lensa ini diuji mengunakan kamera yang sama iaitu Sony A5100 (mengunakan adapter Zhong Yi).

Ada beberapa perbezaan yang boleh kita lihat di sini iaitu beza pada corak bokeh (kawasan yang tidak difokus), colour fringe dan beberapa lagi perbezaan.


Kamera A5100 & Lensa Helios 58mm


Imej Dengan 58mm Helios


Imej Dengan 58mm Helios


Sony A5100 & Lensa 85mm Nikon (Berserta Zhong Yi Lens Adapter)


Imej Dihasilkan Mengunakan A5100 + 85mm Nikon



Imej Dihasilkan Mengunakan A5100 + 85mm Nikon


Sekali imbas memang tidak begitu ketara perbezaannya tetapi jika diperhatikan dengan teliti akan nampak juga perbezaan tu. 

Daripada cubaan tadi saya rasa fokus manual mengunakan Nikon 85mm lebih mudah dikendalikan dan hasil petikan shutter yang didapati lebih banyak tepat, tapi mungkin juga faktor saya sudah biasa mengunakan fokus peaking Sony A5100 (pinjaman) ketika itu.

Disini ingin saya menyatakan bahawa pandangan saya lebih kepada pendapat pengguna atau pengemar fotografi kerana saya bukanlah seorang jurugambar professional. 

Itu saja untuk kali ini diharap perkongsian entry saya ini dapat lah dimanfaatkan oleh mereka yang ingin mencari blog mengenai kamera yang mengunakan Bahasa Melayu kerana dahulu ketika saya ingin mencari panduan mengenai kamera banyak yang dihasilakn di dalam bahasa Inggeris, jadi ki

Sekian untuk kali ini. 

Wassalam.




Ulasan