Teknik Fotografi : Double Exposure (Analog)


Assalamualaikum

Salah satu teknik fotografi yang boleh kita buat dengan kamera analog ialah teknik double exposure. Ianya adalah satu teknik di mana 2 atau 3 imej dirakam ke dalam satu frame. Saya sendiri pun tidak pasti ada berapa cara untuk teknik ini. Saya mengunakan cara rakam dahulu satu roll kemudian toll itu digulung dan dimuatkan semula ke dalam kamera.

Teknik ini agak mencabar juga bagi saya kerana dengan analog atau filem kita tidak boleh melihat gambar yang dirakamkan secara terus tetapi hanya boleh diketahui setelah roll filem itu diproses. Saya juga belum dapat memahirkan lagi teknik ini dan saya rasa saya masih banyak lagi percubaan perlu dilakukan.


Pada pendapat saya walaupun teknik ini boleh dilakukan di dalam photshop tetapi dengan mengunakan analog, ia akan memahirkan kita membuat pra bayangan apa yang kita ingin hasilkan.

Sekian sahaja entri untuk kali in.

Wassalam

Ulasan